Friday, 11 July 2014

Impian Seorang Insan


Setiap manusia mempunyai impian dalam hidup mereka. Adakah mereka sudah tercapai atau sedang mengecapi atau ada yang masih menari-cari. Kita sebagai manusia tidak pernah mempunyai satu impian, impian kita selalu berubah mengikut keadaan.

Apakah impian anda? Coretan ini merupakan kehidupan seharian saya berada di bandar Kuala Lumpur. Kuala Lumpur adalah sebuah bandar yang tengah pesat membangun, tidak kira lah dari segi ekonomi, masyarakat, bangsa, agama dan pergaulan sosial.  Berada di tengah kota raya ini sedikit sebanyak ada baik dan buruknya. Bagaimanapun, kehidupan harus di teruskan untuk memperbaiki kehidupan yang semakin mencabar.

Semasa menjalani kehidaupan sebagai seorang pelajar tentunya bermimpi untuk dapatkan keputusan cemerlang, baru la bangga nak tunjuk pada ibu bapa di kampung. Setelah berhempas pulas belajar selama 3 tahun, akhirnya dengan bangga keputusann yang dicapai. Tercapai juga impian sebagai seorang pelajar yang berjaya. haha.

Masa muda selepas belajar, kadang kita lupa yang zaman sekarang begitu sukar dapat peluang pekerjaan dengan gelaran "fresh graduate" ni. Walaupun sudah berjaya habiskan pelajaran, dapat pula halangan baru. Masa itu la kita pasang impian yang baru, dapatkan kerja yang bagus tetapi susah untuk peroleh peluang itu. Selepas habis belajar, apa jua kerja yang dapat saya anggap sebagai rezeki dan langkah pertama untuk dapat kerja yang sesuai.

Hampir 4 bulan sudah tiada kerja tetap, akhirnya sudah rasa buntu tetapi haruslah di ingat sebagai orang muslim kita jangan berhenti berdoa dan tawakal. Di saat genting, tiba-tiba dapat panggilan daripada satu syarikat antarabangsa menawarkan kerja. Perasaan masa itu bercampur gembira dan tidak percaya. Akhirnya dapat juga aku merasa kerja yang elok di kota Kuala Lumpur ini.

Coretan ini belum tamat lagi, selagi kita hidup banyak impian kita semasa hidup. Jadi teruskan perjuangan kita sampai tercapai impian di hati.